TAJUK 3:
APLIKASI
GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
KONSEP ETIKA
Etika Komputer
- Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
- Hak peribadi individu, ketetapatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah satu isu atau dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
OBJEKTIF KOD ETIKA
·
Mengetahui
masalah moral dan isu etika computer.
·
Memahami
prinsip etika computer.
·
Teknologi
Maklumat.
·
Mengetahui
fungsi kod etika professional.
·
Keperluan
etika komputer.
1. MEMUAT TURUN GARIS PANDUAN DAN ETIKA
PENGGUNAAN INTERNET
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
RUKUN ETIKA KOMPUTER
- Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
- Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
- Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
- Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
- Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
- Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
- Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
- Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
- Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
- Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
ISU ETIKA KOMPUTER DAN ORANG AWAM
- Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran
- Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding mereka yang memang dalam bidang pengkomputeran
- Kurang arif mengenai undang-undang siber
- Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu-isu berkaitan etika komputer.
- Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.
KERANGKA KOD ETIKA
Kebanyakan syarikat dan organisasi
profesional membangunkan kod etika masing-masing. R.O. Mason [et al.]
mengkategorikan isu etika kepada 4 iaitu:
Isu
Kebersendirian
- Apakah maklumat mengenai seseorang (maklumat peribadi) yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain?
- Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kakitangan
- Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain
- Apakah maklumat mengenai individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data.
- Sejauhmanakah selamatnya maklumat tersebut?
Isu
Ketepatan Maklumat
- Siapa bertanggungjawab mengenai ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul
- Bagaimana memastikan maklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna?
- Siapa dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejas boleh dipampas.
Isu
Hak Milik
- Siapa memiliki maklumat
- Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat
- Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian (menyalin perisian yang dilindungi oleh hak cipta)
- Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik
- Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi
- Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan
- Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan
Isu
Capaian
- Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
- Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat
- Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kakitangan yang tidak berupaya
- Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat
- Apakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?
KOD ETIKA
- Inspirasi dan panduan.
- Pencegahan dan disiplin.
- Memelihara maruah profesion.
- Memelihara keharmonian
- Sokongan.
- Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
- Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
- Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
- Bersikap adil dan tidak menindas.
- Menghormati hak cipta orang lain.
- Menghormati hak kebersendirian orang lain.
1. MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA
PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWER POINT
BROSUR
- Brosur ialah sebagai media promosi.
- Fungsi brosur adalah untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu.
- Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.
CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN
MICROSOFT PUBLISHER
- Setelah ‘application’ sudah dibuka, ‘screen’ akan memaparkan gambar seperti berikut,
- Langkah seterusnya, pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur).
- Contoh design yang saya pilih ialah 'Arrows'.
- Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan.
a. Contoh gambar ialah Logo IPG- Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:
- Tajuk program/perkara dan lain-lain.
- Nama penaja/penulis dan lain-lain.
- Tarikh dan hari akan diadakan.
- Aktiviti yang akan dijalankan.
- Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan.





No comments:
Post a Comment