PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
1. MENGGUNA WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ
- Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
- Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
- Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks dan grafik.
- Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
- Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara automatik.
Contoh
alamat pembekal maklumat internet:
- www.yahoo.com
- www.yahoo.co.uk
- www.yahoo.com.my
- www.google.com
- Bahan video boleh juga didapati daripada ‘Youtube’ dengan menaipkan www.youtube.com.
2. MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU.
- Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :
- Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “puisi” + “tradisional”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
- Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
- Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “puisi tradisional”.
- Dengan berbuat demikian, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
- Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
- Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Mingguan.
3. MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG
INTERNET
- Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
- Apabila telah menemui halaman
yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah itu,
paparan arahan akan keluar dan sila klik ‘copy’.
- Buka fail Microsoft Word dan klik ‘paste’ alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila perkara ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Microsoft Word.
- Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Ø Memperkasa
Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
Ø Pantun Melayu
Ø Menambah
Nilai Buku
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
Ø Modus
Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Ø Tatabahasa
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
- Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.
- Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
Tajuk
|
Peribahasa Melayu
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Laman sesawang yang di keluarkan
oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa
Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia.
Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.
|
- Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet mempunyai tajuk, alamat laman dan sinopsis.
- Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
- Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
|
|
URL
|
|
Sinopsis
|







No comments:
Post a Comment